Pekerja kilang warga Myanmar maut dihempap kren

Seorang pekerja kilang warga Myanmar maut selepas jentera kren terbalik sebelum menghempapnya dalam kejadian di sebuah kilang besi di kawasan Perai, di sini semalam. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Syamzul Razman Abd Halim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.23 malam. “Berdasarkan maklumat, kren tersebut yang sedang dikendalikanContinue reading “Pekerja kilang warga Myanmar maut dihempap kren”

Mahkamah tangguh keputusan rayuan wanita mahu diisytihar bukan Islam

Mahkamah Tinggi Shah Alam terkhilaf ketika menolak tindakan undang-undang seorang wanita berbapakan seorang Islam tetapi dibesarkan sebagai Buddha oleh ibunya, kata peguam Gopal Sri Ram. Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar rayuan Rosliza Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Mahkamah Rayuan yang tidak membenarkan dia diisytihar sebagai bukan Islam. Gopal berkata anak guamnya tidakContinue reading “Mahkamah tangguh keputusan rayuan wanita mahu diisytihar bukan Islam”

MyCar harap urusan perbaharui cukai jalan pemandu e-hailing dipermudah

Syarikat perkhidmatan e-hailing MyCar meminta pihak agensi berkaitan seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sarawak dan Sabah, melonggarkan prosedur Pembatalan Permit Kenderaan E-Hailing (EVP). Pengasas dan Ketua Pegawai Operasinya, Mohd Noah pada masa sama berharap pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mengaitkan pembaharuan cukai jalan dengan EVP dan status kenderaanContinue reading “MyCar harap urusan perbaharui cukai jalan pemandu e-hailing dipermudah”

Anak boleh menuntut pelepasan cukai vaksinasi Ibu bapa

Pelepasan cukai terhadap perbelanjaan vaksinasi COVID-19 ibu bapa boleh dituntut dalam Belanjawan 2021.Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata tuntutan boleh dibuat menerusi perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius sehingga RM8,000. “Pelepasan boleh dituntut sendiri oleh pasangan dan anak-anak sekiranya ibu bapa disahkan positif COVID-19 dan perlu menjalani rawatan termasuk vaksin COVID-19. “Perbelanjaan tersebut bolehContinue reading “Anak boleh menuntut pelepasan cukai vaksinasi Ibu bapa”

MAIWP lancar Gerobok Rezeki, beli sambil beramal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mengajak masyarakat agar bersama membantu golongan asnaf dengan menyumbang melalui program Gerobok Rezeki. Saranan itu disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Akbar Samon dalam sidang akhbar hari ini bagi menjelaskan perancangan MAIWP dalam menyantuni kelompok asnaf ketika ini. “Caranya begitu mudah, beli sahaja apa-apa barangan di kedai ini danContinue reading “MAIWP lancar Gerobok Rezeki, beli sambil beramal”

Alunan marhaen dari PPR

Di sebalik pelbagai kekangan akibat Covid-19, lahir program K2K Idol: Ekspresikan Bakatmu. Pertandingan nyanyian dalam talian itu menjadikan penghuni kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) sebagai kumpulan sasar. Dengan menggunakan Smule dan Facebook sebagai medium penyertaan dan siaran, acara yang pertama seumpamanya itu mendapat sambutan luar jangka meskipun diadakan dalam tempoh yang singkat. Selain mewujudkan semangatContinue reading “Alunan marhaen dari PPR”

Syahmi Sazli Pengarah “Mael Totey The Movie” diangkat ikon pengarah muda – FINAS

Kejayaan filem “Mael Totey The Movie” arahan pertama Muhammad Syahmi mengutip lebih RM7 juta, bakal mengangkat nama pengarah muda itu sebagai Ikon Pengarah Muda. Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Zakaria Abdul Hamid berkata pengumuman secara rasmi akan dibuat pada satu majlis apresiasi bagi menghargai mereka yang berjaya dalam bidang perfileman negara awal tahun depan. “Pengarah muda ini akanContinue reading “Syahmi Sazli Pengarah “Mael Totey The Movie” diangkat ikon pengarah muda – FINAS”

TV3 tiada rancangan terbit semula Dai Pendakwah Nusantara

Stesen penyiaran TV3 memang tidak bercadang untuk menerbitkan semula program realiti berunsur keagamaan Dai Pendakwah Nusantara dalam masa terdekat. Menurut TV3, program berkenaan sudah tidak menerbitkan sebarang bentuk program baru yang berkaitan selepas ia melabuhkan tirainya tiga tahun lalu. “Tiada perancangan untuk menerbitkan Dai Pendakwah Nusantara dalam masa terdekat selepas musim terakhir program tersebut berakhirContinue reading “TV3 tiada rancangan terbit semula Dai Pendakwah Nusantara”

Jururawat (ICU) individu pertama yang menerima vaksin Covid-19

Seorang jururawat unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di New York, Amerika Syarikat (AS) menjadi antara individu pertama yang menerima vaksin Covid-19 semalam, lapor Reuters. Jururawat itu, Sandra Lindsay menerima suntikan vaksin di Pusat Perubatan Jewish Long Island di New York – merupakan tempat penularan awal Covid-19 di Amerika Syarikat. Lindsay menggangap penerimaan vaksinContinue reading “Jururawat (ICU) individu pertama yang menerima vaksin Covid-19”

Cetus idea buat nasi lemak rendang pucuk ubi

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu susulan penularan pandemik Covid-19 menyebabkan golongan bekerja sendiri khususnya peniaga terpaksa mencari kaedah lain bagi meneruskan kelangsungan hidup. Situasi itu juga mencetuskan idea buat peniaga nasi lemak Hapiza Ibrahim, 50, yang mencipta kelainan dalam jualannya dengan memperkenalkan rendang pucuk ubi dalam hidangan nasi lemak yang kianContinue reading “Cetus idea buat nasi lemak rendang pucuk ubi”