Mat Sabu akui hakikatnya AMANAH susah menang PRU-15

Selepas beberapa krisis dalaman yang melanda parti, AMANAH kini cuba menarik perhatian rakyat untuk menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang dengan memainkan sentimen kononnya pengundi serik kerana takut bertukar kerajaan lagi.

Presiden AMANAH. Mohamad Sabu mendakwa kegusaran rakyat timbul kerana pengkhianatan terhadap mandat pengundi.

Dalam masa yang sama beliau mengakui PRU-15 menjadi satu cabaran yang sukar buat parti-parti yang bertanding.

“Pilihan raya akan datang bukan senang kita nak berkempen. Ada dalam kalangan rakyat dah tak mahu mengundi lagi.

“Buat apa kami pilih wakil rakyat? Bukannya parti yang menang akan memerintah, nanti parti yang kalah boleh memerintah dengan cara perubahan wakil rakyat ini,” katanya ketika merasmikan Konvensyen AMANAH Wilayah Persekutuan ke-5 di Wisma AMANAH, Kuala Lumpur, semalam.

Mohamad dipercayai merujuk kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir pada sejak PRU14 namun tumbang pada Februari lalu.

Kegagalan PH mempertahankan kerajaan mereka akibat kemelut peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang disepakati sebelum ini.

Dalam pada itu Mohamad berkata pihaknya percaya PRU-15 akan diadakan tidak lama lagi berikutan kemenangan tipis PN dalam Belanjawan 2021 baru-baru ini.

Leave a comment

Design a site like this with WordPress.com
Get started