ABK 20 dianjur secara ” Virtual”

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) bakal mengadakan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 20 Virtual 30 Disember ini sebagai acara penutup kalendar bagi Liga Malaysia 2020.Keunikan ABK20 Virtual pada kali ini menyaksikan penyokong turut diberikan peranan dalam pemilihan pemenang.

Seramai 344 pemain layak untuk diundi dalam kategori masing-masing dan pengundian penyokong akan dikira bersama dengan pengundian juri profesional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.

Berbanding ABK edisi sebelum ini, konsep undian penyokong diambil kira memandangkan perlawanan musim ini terpaksa disingkatkan akibat pandemik COVID-19 dengan saingan Liga Super dan Liga Perdana berlangsung separuh pusingan, manakala Piala FA dan Piala Malaysia dibatalkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, ABK20 Virtual diadakan konsep secara virtual selaras saranan pihak kerajaan yang menggalakkan penjarakan sosial atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pandemik COVID-19 ini.

Katanya, MFL sentiasa berusaha untuk memastikan kerja keras pemain dan jurulatih sentiasa dihargai selain ABK20 Virtual ini juga diwujudkan sebagai pengiktirafan buat penyokong bola sepak tempatan.

“Umum mengetahui perjalanan kalendar bola sepak Malaysia tahun ini tidak berjalan sebaiknya terutama penyokong tidak dibenarkan ke stadium ketika saingan Liga Malaysia berlangsung disebabkan pandemik COVID-19.

“Jadi MFL tidak mahu elemen penyokong diketepikan di mana bagi ABK20 Virtual ini, mereka telah diberikan peranan untuk mengundi pemain kesayangan mereka.

“Ini adalah pertama kali kita menyaksikan penyokong diberikan kuasa untuk mengundi dan saya percaya keputusan ini adalah terbaik bagi acara penutup kalendar Liga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

ABK20 Virtual menyaksikan 567 jumlah keseluruhan pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia termasuk pemain muda yang berdaftar di Piala Presiden dan Piala Belia.

Namun seramai 344 pemain sahaja memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu beraksi sekurang- kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020.

Jawatankuasa Saringan akan menyenaraipendek 10 pemain terbaik bagi setiap kategori iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik, Jurulatih Terbaik yang akan diumumkan hari ini (20 Disember 2020).

Anugerah Pasukan Terbaik turut disenaraikan dalam ABK20 Virtual kali ini.Senarai 10 pemain terbaik yang terpilih ini akan dihantar kepada juri profesional yang terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media bakal menyumbang 70 peratus kiraan mata.

Sementara baki 30 peratus kiraan mata ABK20 Virtual akan diundi oleh peminat menerusi undian di platform undian di mana tempoh pengundian akan dijalankan selama lima hari maksimum bermula Isnin (21 Disember 2020).

Pemenang akan dimuktamadkan daripada 70 peratus kiraan mata juri profesional dan 30 peratus kiraan mata undian peminat.

Sebagai rekod, Anugerah seperti Pemain Muda Harapan, Pemain Import Terbaik, Pemain ASEAN Terbaik, Penyokong Terbaik, Fan XI, Pemain Paling Popular, Laman Web Terbaik, Media Sosial Terbaik, Anugerah Mesra Media, Anugerah Komuniti, Anugerah Persahabatan, AFL Liga M3 – Pasukan Terbaik, AFL Liga M3 – Pemain Terbaik, Pengadil Berpotensi dan Anugerah Fair Play tidak dipertandingkan dalam ABK20 Virtual.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: