Anak boleh menuntut pelepasan cukai vaksinasi Ibu bapa

Pelepasan cukai terhadap perbelanjaan vaksinasi COVID-19 ibu bapa boleh dituntut dalam Belanjawan 2021.Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata tuntutan boleh dibuat menerusi perbelanjaan perubatan bagi penyakit serius sehingga RM8,000.

“Pelepasan boleh dituntut sendiri oleh pasangan dan anak-anak sekiranya ibu bapa disahkan positif COVID-19 dan perlu menjalani rawatan termasuk vaksin COVID-19.

“Perbelanjaan tersebut boleh dituntut di bawah perbelanjaan perubatan ibu bapa dengan maksimum sehingga RM8,000,” katanya pada Sesi Perbahasan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2020 di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias sama ada anak-anak boleh menuntut pelepasan cukai terhadap perbelanjaan vaksinasi ibu bapa.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu memaklumkan pelepasan cukai diberi ke atas perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak-anak terhad kepada RM1,000.

Selain itu, kerajaan juga akan menaikkan had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan dan anak bagi penyakit serius daripada RM6,000 kepada RM8,000.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shahar memaklumkan bahawa setakat ini kerajaan masih belum bercadang untuk memperluaskan skop pengecualian cukai dalam usaha untuk mengaktifkan semula industri pelancongan susulan pandemik COVID-19.

Katanya, ketika ini pengecualian cukai kekal diberikan kepada perkhidmatan penginapan.Pelepasan tersebut dilaksanakan sejak 1 September lalu hingga 30 Jun tahun depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: